Sunday, 2 May 2021

Tercari-cari

 Kalau nak ikutkan tajuk tu..apa yang saya nak tercari-cari? Sebenarnya kisah hidup saya malas saya nak ceritakan..(baik tak perlu buat Blog ni kan?)...😋 Saya merasa rindu akan kisah lalu saya waktu kanak-kanak.. yang mana waktu tersebut banyak waktu bermain bersama rakan, baik di kampung atau bandar. Tidak perlu risau dengan masalah, kena marah ngan mak ayah itu biasa..hahaha😆😆😆... larian 100 meter itu biasa..yang akan jadi luar biasanya kalau seorang budak tu tetiba diam.. bahaya..tak sakit, atau ....wallahuallam...(jauhkanlah)..

    Saya suka jalan-jalan cari makan sebenarnya... dalam coretan saya akan datang dan mendatang nanti, saya akan cuba memberi kemudahan pada para pencari dan pecinta makanan yang mana harganya murah, kualiti, kepuasan bila makan.. nantikan pada coretan akan datang.. (sedang mencari)😅😅😅😅



    

Percubaan Pertama

 Kali ini saya menceritakan tentang keluarga saya dimana bapa saya seorang mekanik di KTMB Kuala Lumpur sekitar tahun 1970-1995.. Kami menetap di Kuarters KTMB Jalan Tujuh, Sentul. Tak banyak yang saya tahu..sebab saya masih kecil lagi.. tapi kini saya ke tempat tersebut, telah tiada.. sekarang pun bapa sya telah kembali menemui illahi pada tahun 2000 (hari raya pertama pagi)..(Al-fatihah dibaca).  


   Sekitar tahun 1996, saya dan sekeluarga berpindah ke Klang, Selangor setelah arwah bapa berpencen dari KTMB. Arwah bapa saya meminati pertukangan mekanikal, sehingga pada awal persaraan beliau, arwah banyak menghabiskan waktu dengan motosikal, kereta lama beliau. Antaranya, Datsun 120 y (emak saya panggil datsun Tonggek), Mazda 323, Vespa Px150, Lambretta, Norton. Saya sertakan gambar contoh sumber yang saya dapat dari Google search. Gambar lama banyak digigit tikus dan emak saya banyak telah hapuskan.

    



    Ok kawan-kawan, saya akan sambung lagi di waktu yang lain.. Assalammualaikum w.b.t..


Pengenalan singkat

 Saya kenalkan diri saya dahulu.. saya shah atau Boi (panggilan mesra emak saya), berasal dari Kuala Lumpur, umur nak masuk 40 an dah...hahhaha, apapun saya ucapkan terima kasih pada yang sudi membaca dan masuk ke Blog saya yang baru dibangunkan. Dalam Blog ini, saya cuba menceritakan kisah zaman kanak-kanak saya dan saya alu-alukan komen dari Blogger diluar untuk saya memperbaiki Blog saya.


Tercari-cari

 Kalau nak ikutkan tajuk tu..apa yang saya nak tercari-cari? Sebenarnya kisah hidup saya malas saya nak ceritakan..(baik tak perlu buat Blog...